
Bermakna, tak sampai 20 hari lagi pun shaye bakal berdepan dengan "seseorang" yang pernah menyakiti hati shaye, mengguris perasaan shaye, mengalirkan airmata shaye.
"seseorang" itu akan pulang ke penang beberapa hari sebelum menyambut syawal. Dan 2 minggu "seseorang" itu berada di sini, di rumah mertua shaye nanti.
Klu ikut kan hati, shaye mmg nak elak dari berjumpa dengan "seseorang" itu. Tapi apakan daya, dia ialah sedarah sedaging dengan cik sumi shaye sendiri. Masakan shaye tak nak bertemu dia ketika raya nanti? Manakan mampu shaye melarikan diri..?
Bukan lah kerana shaye membenci "seseorang" itu. Tidak sama sekali!
Cuma hati shaye masih tidak dapat melupakan apa yg "seseorang" itu pernah maki + hina shaye kira2 setahun yang lalu sebelum shaye di tunangkan dengan cik sumi.
Memang benar, kemaafan tu dendam terindah..yup! mmg shaye dah maafkan..but, i can forgive, but not forget. Its really hurt..seems like its still bleeding until now.
Shaye pun tahu, "seseorang" itu dah berubah tanggapan pada shaye skrg. Dia tak benci shaye lagi, and salah beranggapan pada shaye lagi. Tp perasaan shaye? setelah apa yg dia hina dan maki shaye dulu. Dan paling tak dpt shaye lupakan, bila mana arwah ayah shaye sndiri dia kaitkan. Mungkin "seseorang" itu bertindak macam tu dulu sb dia tak kenal pun shaye ni lagi, she just being prejudice. Tp gamak dia hina shaye smp camtu.
Mengenang kembali siri 'kisah cinta tiada restu' kami dulu, waktu tu mmg suffer. Mujur la cik sumi shaye tu seorang yg jenis bt derk je family dia tak suka pun. (kes family dah ada calon lain) Dan ketahuilah Allah akan makbulkan doa org yg sabar. Smp 1 ketika, family mengalah n terima jgk. & kitorang pun bertunang n get married..dan sehingga sekarang, shaye sgt rapat dengan ayah mertua shaye. Cuma......"seseorang" itu je yg shaye masih terluka.
Shaye tahu, "seseorang" kerap call cik sumi shaye n rajin bertanya khabar mengenai shaye memandangkan shaye sudah jadi sebahagian dari family dia jugak skrg. Shaye juga tidak pernah menunjukkan rasa tidak suka pada "seseorang" itu skrg. Its just i'm feel not really comfortable dengan "seseorang" itu je smp skrg. Sb hati shaye masih teringat caci maki yg dilemparkan dahulu..
Shaye sayang dia sebagai kakak ipar shaye, shaye sudah memaafkan dia, tapi beri shaye masa untuk merawat luka terpendam...